Posts

Showing posts from June, 2008

Preview AG1: Pengembaraan Suzaimi di Google Book Search

Kepada pembaca yang belum membaca ataupun memiliki AG1: Pengembaraan Suzaimi , boleh membaca preview yang terpapar di Google Book Search. Capaian boleh didapati di sini . 

Menulis Cerpen Raya/Puasa

Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One. Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi... Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak  RM50  sebagai duit raya dan senaskhah buku  remaja@ptsone Bumper Raya 2008 ! Spesifikasi cerpen Tema:  Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak) Saiz:  A4  (Times New Roman, Font 12, double spacing) Hanya  6-8 halaman  sahaja! Hantarkan e-mel adik-adik kepada  nurismaliza@pts.com.my   selewat-lewatnya  2hb Julai 2008! Sertakan sekali (diwajibkan)…. Nama penuh: Nama Samaran/Manja: Umur: T. La