Posts

Showing posts from March, 2008

Pelancaran M-Book oleh PTS dan Metadome

Novel remaja Kak Hani dengan PTSONe - Siri 1 Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi dan banyak lagi novel terbitan PTS akan dipasarkan menjadi mobile book (M-Book). Majlis pelancarannya adalah seperti yang berikut: Tarikh: 5hb April (Sabtu) Masa: 5.00 hingga 7.00 petang Tempat: Pentas Utama, Dewan Tun Razak 2, PWTC.

Salam perkenalan

Apa khabar adik-adik dan peminat novel sci-fi? Adakah anda semua sudah memiliki Siri 2 AG: Jejak Kuasa Alam? Sekiranya belum, boleh dapatkan naskhah anda dari kedai-kedai buku berhampiran. Jika nak beli semasa Pesta Buku (4-13 April 2008) nanti, pun boleh juga. Boleh dapatkan tandatangan Kak Hani di sana. Sejak penerbitan Siri 1 AG, Kak Hani banyak menerima emel daripada adik-adik dan peminat novel sci-fi. Ada yang memberikan komen dan cadangan bagaimana kisah seterusnya harus ditulis. Kak Hani ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah memberikan komen yang membina. Harapan Kak Hani agar adik-adik dan para peminat novel sci-fi terus memberikan komen dan cadangan agar Siri AG dapat memenuhi citarasa semua. Terbaru, Kak Hani menerima emel daridapa adik Kausar yang memanggil Kak Hani sebagai 'makcik'. Makcik? Dah tua sangat ke Kak Hani? Hmm...cuba bayangkan seorang makcik berselendang, berbaju kurung Kedah dan berkain batik, memegang bakul pasar dan payung sambil me

JKA: Tangga ke-6 Carta Top 30

Alhamdulillah...setelah hampir 4 bulan diterbitkan Siri 2 Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam telah menduduki tangga ke-6 dalam Carta Top 30 PTSOne di MPH Alamanda, Putrajaya bagi bulan Februari 2008. Di sini Kak Hani ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada adik-adik kerana telah memberikan sokongan sejak Siri 1 Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi diterbitkan pada suku pertama tahun lalu. Berikut ialah senarai novel-novel PTSOne yang menduduki Carta Top 30 berkenaan: 1.BACAKAN SAYA SATU CERITA 2.TABIK CIKGU 3.AKU MAHU SAIZ “S” 4.DUNIA SAINS AIMAN: KERETA SOLAR 5.ADAM KECIL: HAMPIR KENA TANGKAP 6.AKADEMI GEMILANG: JEJAK KUASA ALAM 7.DUNIA SAINS AIMAN: DUNIA SEMUT 8.DEAR YAYAH 1 9.SEUNGU LAVENDER 10.MELAH MELIA 2 11.ADAM KECIL: BERTARUNG DENGAN KERENGGA 12.ADAM KECIL: DEBARAB BUKU BIRU 13.DEAR YAYAH 2 14.ADAM KECIL: SUNGAI KHAYALAN 15.J.A.Y. (JANJI ANAK YATIM) 16.KEMBAR TERPILIH: DI AMBANG MAUT 17.AKU MAHU BULI 18.ROBOTAN 19.DEAR YAYAH 3 20.NUR BUAT GEMI