Jom Ikut AG

Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 21, 2011

Memperkenalkan LIKE PAGE Hani Ismail (Novelist)



Mari ajak kawan-kawan peminat siri Akademi Gemilang LIKE page Kak Hani. Moga dengan adanya halaman ini, lagi cepat Kak Hani post update mengenai status AG4.

Tuesday, June 21, 2011

Mufin Manja diulang cetak





Alhamdulillah...novel Kak Hani yang bercorak keusahawanan iaitu Mufin Manja sudah diulang cetak sebanyak 2000 naskhah. Sukanya tak terhingga. Kepada adik-adik yang gemar memasak terutamanya mufin dan yang suka berniaga, dapatkan Mufin Manja segera. Boleh beli daripada Kak Hani di Novel Kafe.

Judul Ulang Cetak
1. Senangnya Memasak Makanan Laut (5000 unit)
2. Senangnya Memasak Sambal & Sos (5000 unit)
3. Senangnya Memasak Sayur (3000 unit)
4. Hidangan Terbaik Dunia Cina (3000 unit)
5. Diari Hidup Rasulullah (2000 unit)
6. Agenda Yahudi Menakluk Dunia (3000 unit)
7. Siti Hajar (3000 unit)
8. Travelog Haji (Edisi jimat) (3000 unit)
9. Hari 1 Resipi (10,000 unit)
10. Khadijah - Cinta Abadi Kekasih Nabi (2000 unit)
11. Smart Heart (2000 unit)
12. Imam Syafie Pejuang Kebenaran (3000 unit)
13. Otai Tunjuk Bakat (2000 unit)
14. Mufin Manja (2000 unit)
15. Imam Maliki (3000 unit)
16. Abu Bakar - Sahabat Sejati (3000 unit)
17. Offline dengan Syaitan (2000 unit)

Saturday, May 7, 2011

Emel peminat AG

Assalamualaikum w.r.t, Pn. Hani.

saya Fathin Wahidah Bt Ahmad Tarmize, peminat buku Akademi Gemilang, malah saya memiliki ketiga-tiga buku tersebut. saya teruja membaca buku Pn. Hani mengenai pelajar yang memiliki kuasa istimewa kerana ia sangat berbeza dengan cerita-cerita mengenai kuasa-kuasa hebat. cerita ini sentiasa mengingatkan kita supaya bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah Taala.

namun begitu, saya mengharapkan cerita ini berakhir dengan kesudahan yang baik. mungkin bagi Pn. Hani itulah kesudahan yang baik tapi bagi saya kehilangan Dr. Bunyamin, apa yang terjadi pada Mawar di Dimensi Yunar dan apa yang berlaku kepada Hantu Serigala dan Anakardia Hedera menjadi tanda tanya kepada saya. saya mengharapkan Pn. Hani dapat membuat sambungan cerita Akademi Gemilang. Terima Kasih.

Kak Hani banyak menerima emel seumpama ini yang bertanyakan mengenai sambungan AG. Kegusaran adik-adik mengenai banyak persoalan yang tidak terjawab dalam AG3, amat Kak Hani fahami. Kak Hani sendiri gusar memikirkan apakah plot yang akan memenuhi AG3. Plot awal memang sudah tercarta sejak tahun lalu dan sudah pun ditulis. Tetapi Kak Hani mengambil keputusan, merombak keseluruhan manuskrip. Kini Kak Hani sedang mengusahakan plot yang baharu.

Namun semua kerja penulisan terpaksa dihentikan sementara waktu kerana Kak Hani sedang sibuk dengan kerjaya baharu dalam bidang perniagaan. Sebagai makluman, supaya adik-adik tidak tertanya-tanya, Kak Hani sedang dalam proses membuka kedai sendiri....yeay! Kedai yang Kak Hani usahakan ini menjual pelbagai barangan termasuk buku. Insya-Allah, sambil berkedai, Kak Hani akan aktif semula menulis sambungan AG.

Usah risau sebab AG tidak tamat begitu sahaja. Ini janji Kak Hani!


Kedai Kak Hani. Tapi ini dulu. Semasa mula-mula ubah suai. Sekarang dah lain.

Sunday, May 1, 2011

Rindu AG?


As salam adik-adik semua,

Sudah lama Kak Hani tak mencatat sebarang entri dalam blog ini. Semuanya berpunca daripada kesibukan melampau diari harian Kak Hani. Semenjak Kak Hani bekerja sendiri dan menjadi usahawan sepenuh masa, masa lapang yang ada tidak banyak. Insya-Allah, apabila kedai buku mini Kak Hani beroperasi pertengahan Mei nanti, bolehlah Kak Hani sambung menulis sambil menjaga kedai...hehe.

Kak Hani juga rindu akan AG. Apakah yang terjadi dalam AG4? Baru-baru ini Kak Hani merombak semula perjalanan plot yang telah dirancang sebelum ini. Plot asal yang disusun tidak akan digunakan. Sebaliknya Kak Hani telah menyusun plot dan jalan cerita baharu. Hanya menunggu masa menterjemahkannya ke dalam bentuk manuskrip.

Kak Hani berharap moga adik-adik semua bersabar menunggu AG4 yang memang sudah lewat diserahkan kepada penerbit...hehe. Jangan marah ya....

Wednesday, January 12, 2011

Salam 2011

Cermin oh cermin, di manakah Dr Bunyamin?
Masih tidak terlambat bagi Kak Hani mengucapkan Selamat Tahun Baharu buat adik-adik semua pengikut setia clan AG. Semenjak kemunculan AG3 Kunci Dimensi, Kak Hani sering menerima emel dan pesanan di chat box blog ini meminta supaya disegerakan AG4.

Adik-adik semua, Kak Hani sedang berusaha memikirkan yang terbaik bagi dipaparkan dalam AG4 kelak. Proses ini bukanlah mudah. Banyak perkara perlu Kak Hani fikirkan. Oleh itu, Kak Hani berharap moga adik-adik dapat sama-sama bersabar dan nantikan kemunculan AG4 yang masih dalam fasa penulisan. Bukan adik-adik saja yang tunggu, editor PTS pun sudah lama menantinya....hehehe.

Sementara menunggu, apa kata kalau adik-adik berikan cadangan tajuk AG seterusnya. Walaupun belum tahu plotnya, cuba teka apa pengembaraan Suzaimi seterusnya. Semua petunjuk ada dalam AG1, AG2 dan AG3. Moh main teka teki!

Monday, December 6, 2010

PESTA BUKU KANAK-KANAK 2010

Banner PTS@Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Monday, August 30, 2010

Kad raya daripada PTS

Thursday, August 12, 2010

Saja suka-suka


Cool Myspace Generators

Wednesday, August 11, 2010

AG3: Kunci Dimensi penamat siri AG?

Dah banyak emel dan pertanyaan yang Kak Hani terima. Masing-masing bertanyakan sama ada Kunci Dimensi ialah penutup atau penamat siri Akademi Gemilang. Jawapannya....Sebelum Kak Hani jawab, adik-adik jawab dulu soalan berikut:

1. Di mana Dr. Bunyamin? Adakah benar Dr. Raul yang menyembunyikannya?
2. Kisah Mawar di Dimensi Yunar tamat begitu sajakah?
3. Suzaimi tak mahu balik rumah?
4. Apa yang terjadi kepada Nadia a.k.a Anardia Hedera dan Hantu Serigala? Adakah mereka diburu Ratu Serpent?
5. Izkandar, Azurin dan Asyran masih belum menduduki SPM. Bagaimana cerita ini nak tamat?

Jika adik-adik boleh jawab semua soalan Kak Hani, bermakna, masih ada persoalan dan teka-teki yang perlu diselesaikan.

Nyata sekali Kunci Dimensi bukan penamat siri Akademi Gemilang. Hehe....

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan

Wednesday, June 16, 2010

Harga istimewa AG3

Salam pembaca semua,


Kak Hani ingin menawarkan harga istimewa untuk naskhah AG3: Kunci Demensi. Harga jualan di kedai ialah RM16.50 (Semenanjung) dan RM18.50 (Sabah/Sarawak). Jika beli daripada Kak Hani, adik-adik diberikan diskaun.

Semenanjung Malaysia
Harga buku RM15.00 

Sabah/Sarawak
Harga buku RM17.00

Bayaran pos biasa RM2.00 (guna stem sahaja). Kalau Pos Laju, tambah RM7.00.

Bagi pembelian di luar Malaysia, pertukaran matawang dan bayaran pos antarabangsa dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Setiap buku akan ditandatangani oleh Kak Hani.

Seandainya anda ingin mendapatkan novel itu, sila ke laman blog Novel Kafe atau cari di Facebook Novel Kafe.

Monday, June 14, 2010

AG3 Kunci Dimensi dah sampai!

Salam adik-adik semua,


Tadi Kak Hani ke gudang PTS di Dolomite Business Park untuk mengambil naskhah AG3. Kak Hani tak pasti sama ada di kedai-kedai buku sudah ada ataupun belum novel ini. Tapi jika ada adik-adik yang nak beli daripada Hani dan dapatkan tandatangan, boleh emel Kak Hani di alamat hani4475@gmail.com

Berikan nama penuh, alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi. Bayaran sebanyak RM16.50 boleh dibuat dengan mengkreditkan jumlah itu ke akaun Maybank Kak Hani. Nombor akaunnya akan Kak Hani berikan menerusi balasan emel nanti. Bayaran pos percuma (Malaysia sahaja).

Thursday, May 20, 2010

Jom beli AG3 dan dapatkan tandatangan

Salam adik-adik semua,


Salah seorang peminat AG, Adik Wan Syahin (melalui Facebook) telah membuat permintaan kepada Kak Hani bagi membeli siri terbaharu AG daripada Kak Hani. Adik Syahin mahu Kak Hani menandatangani buku berkenaan.

Cadangan Adik Syahin adalah sesuatu yang bagus bagi Kak Hani pertimbangkan. Oleh itu, Kak Hani nak lancarkan kempen "Jom beli AG". Kepada adik-adik yang ingin membeli AG3 Kunci Dimensi berserta tandatangan Kak Hani, bolehlah emelkan nama penuh, alamat penghantaran, dan nombor telefon adik-adik. Sebaik sahaja AG3 siap dicetak, Kak Hani akan membuat pesanan dengan segera bagi memastikan adik-adik berpeluang mendapat AG3 Kunci Dimensi lebih awal daripada kedai buku. Kak Hani akan hantar buku adik-adik melalui pos. Maklumat lanjut mengenai pembayaran, akan Kak Hani maklumkan kelak.

Jika ada adik-adik yang ingin membeli AG1: Pengembaraan Suzaimi dan AG2: Jejak Kuasa Alam, boleh juga membuat pesanan kepada Kak Hani.

Wednesday, May 12, 2010

Mempersembahkan: Akademi Gemilang Siri 3: Kunci Dimensi

Harga: RM 16.50 / RM 18.50
ISBN-13: 978-967-5406-64-5
Tarikh Terbit: 28 May 2010
Jumlah Muka Surat : 256

Kategori: Remaja, Remaja Umum

PTS One Sdn Bhd

Terkejut tak?

Kak Hani sangat terkejut...hehe. Salah seorang peminat AG, adik Kausar mengucapkan tahniah kepada Kak Hani melalui Facebook. Kak Hani berasa hairan kerana Kausar macam dah tahu AG3 hampir siap penerbitannya. Lantas, dalam keadaan tertanya-tanya dan teruja, Kak Hani layari laman web PTS. Kak Hani cari AG3 pada ruangan bakal terbit, tetapi tidak ada. Lalu Kak Hani ke direktori penulis dan klik nama sendiri. Maka terjumpalah Kak Hani dengan cover AG3 yang nyata berbeza dengan AG1 dan AG2.

Apa pendapat adik-adik? Okey tak cover begini?

Owh, Kak Hani baru perasan. Tarikh terbit AG3 adalah pada 28 Mei. Moga awal bulan Jun, AG3 sudah berada di rak-rak kedai buku seluruh Malaysia.

Di sini Kak Hani nak kongsikan judul bab AG3:

Bab 1: Pintu Dimesi

Bab 2: Suzaimi Diintip

Bab 3: Tawaran Dr. Raul

Bab 4: Mawar di Yunar

Bab 5: Rahsia Suzaimi

Bab 6: Kunci Dimensi

Bab 7: Dimensi Terbuka

Bab 8: Persahabatan Mustahil

Bab 9: Peperangan Opal

Bab 10: Pulang

Monday, April 26, 2010

Pruf AG3 dah sampai

Salam adik-adik semua,


Kak Hani sudah menerima pruf AG3: Kunci Dimensi daripada sang editor pagi tadi. Maka, Kak Hani akan berusaha menyiapkan bacaan pruf AG3 secepat mungkin sebab kita semua dah tak sabar-sabar nak tengok AG3 masuk kedai buku, kan?

Sunday, April 18, 2010

AG3 belum keluar, AG4 dah kena tulis?

Hmm...begitulah keadaannya. Alkisah siri Akademi Gemilang Kak Hani yang tersangkut-sangkut ni. Belum pun Kak Hani terima pruf 1 AG3, editor sudah melayangkan e-mel meminta Kak Hani menyiapkan AG4. Maka Kak Hani akan menyiapkan AG4 walaupun AG3 masih dalam proses penyuntingan pihak editor. Semakin tak sabar rasanya hendak melihat AG3 terpamer di kedai-kedai buku.


Adik-adik pun lagilah bertambah tak sabar sebab nak tahu apa yang terjadi kepada Suzaimi dan rakan-rakannya, kan? Kak Hani dah tau cuma Kak Hani tak boleh nak beritahu. Nanti tak ada kejutan pula....hehehe.

Kalau adik-adik ada cadangan untuk siri AG seterusnya, kongsilah di sini. Idea dan cadangan adik-adik mungkin dipertimbangkan.

Tunggu AG3 tau!

Saturday, February 27, 2010

Adik-adik, bersabar ya....

AG3 tidak akan terbit bulan ini mahupun berada di Pesta Buku Antarabangsa 2010 ini. Kak Hani sedih. Adik-adik juga pasti kecewa. Berikut ialah petikan emel yang Kak Hani terima daripada penerbit. Nampaknya masalah teknikal dalam penerbitan AG3 masih sedang diatasi.

"Pertama sekali saya mohon maaf di atas kelewatan memaklumkan status manuskrip Akademi Gemilang 3. Saya sudah siap mengedit manuskrip itu. Walau bagaimanapun pihak penerbit mengalami masalah dengan illustrator kerana illustrator tidak dapat memberikan komitmen untuk projek kali ini. Oleh itu kami terpaksa mencari illustrator baru yang dapat melukis mengikut stroke asal. Tetapi illustrator itu hanya dapat memulakan kerja-kerjanya pada bulan Mac. Buku ini dijangka diterbitkan pada hujung bulan Mac ataupun awal bulan April.

Berkenaan ketiadaan buku ini di PBAKL pada Mac nanti, pihak kami akan mengambil inisiatif meuar-uarkan keluaran sambungan buku ini di website. Selepas PBAKL, tahun ini juga ada beberapa pesta buku yang kami akan sertai. Antaranya READ Malaysia pada bulan Mei. Promosi cuti sekolah yang diadakan secara besar-besaran. Mengikut rekod, promosi ini berjaya menarik ramai pembeli."

Jadi Kak Hani harap moga adik-adik semua bersabar dan doakan moga segala komplikasi yang berlaku ini akan berjaya ditangani dengan kadar segera.

Sunday, January 10, 2010

AG3 Februari 2010

Salam dan Selamat Tahun Baharu 2010 adik-adik semua!


Kak Hani ada berita baik. Insya-Allah, jika masalah berkenaan ilustrasi AG3 selesai, AG3 Kunci Dimensi akan berada di kedai-kedai buku pada Februari 2010. Moga tiada lagi penundaan sebab Kak Hani tahu peminat AG sudah tidak sabar menanti apakah yang terjadi kepada Suzaimi dan pelajar-pelajar AG yang lain.

Usah nakal-nakal dan jaga perilaku serta budi bahasa walau di mana sahaja adik-adik berada.

Monday, October 26, 2009

AG3 belum terbit

Salam semua.


Terlebih dahulu Kak Hani mohon maaf kerana AG3 tidak berada di pasaran seperti yang dijangkakan. Sekiranya Kak Hani mendapat maklum balas daripada pihak penerbit, Kak Hani akan uar-uarkan di sini.

Sementara menanti kemunculan AG3, adik-adik boleh dapatkan naskhah Mufin Manja (http://mufinmanja.blogspot.com) yang sudah pun berada di pasaran.

Sabar menanti AG3 ya!

Related Posts with Thumbnails