Ada apa dengan 11.11.11?
-
Ada apa dengan tarikh hari ini 11.11.11 ya? Tak ada apa-apa yang istimewa
sebenarnya melainkan nombornya macam tersusun cantik 111111. Macam batang
mancis ...
Suzaimi dikurniakan kebolehan meramal masa hadapan melalui mimpi. Kebolehannya itu menjadi sumpahan apabila dia dituduh melakukan jenayah. Akibat salah sangka, Suzaimi terpaksa melarikan diri dari rumah. Semasa dalam pelarian, dia diburu oleh Agen Hades yang bernama Hantu Serigala. Sewaktu cuba melarikan diri daripada Hantu Serigala, Suzaimi telah diselamatkan oleh Agen Gemilang, Agen Jimi dan Agen Naurah.
Suzaimi kemudiannya dibawa ke Akademi Gemilang, iaitu sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar istimewa seperti dirinya. Di sekolah itu, Suzaimi menemui rakan baharu iaitu Izkandar, Asyran dan Azurin.
Pengembaraan bermula apabila Suzaimi terlibat dalam usaha menyelamatkan Mawar daripada memusnahkan akademi. Kali ini Suzaimi dan rakan-rakan baharunya diburu oleh Hantu Serigala dan ditawan oleh Ratu Serpent.
Bagaimanakah Suzaimi dan rakan-rakannya melepaskan diri daripada ditawan oleh Agen Hades? Apakah Gen Gemilang? Bagaimanakah ia berkaitan dengan pelajar-pelajar di Akademi Gemilang? Dapatkan naskhah AG1 dengan segera!
Akademi Gemilang Siri 2
Jejak Kuasa Alam
Kandungan bab:
Bab 1Lata Berkoh
Bab 2Sumpah Pusar Air
Bab 3Sam Okar
Bab 4Kehilangan Mawar
Bab 5Jejak Kuasa Alam
Bab 6Muslihat Hades
Bab 7Anakardia Hedera
Bab 8Cahaya di Hati Sam
Bab 9Rahsia Gemilang
Glosari
Sinopsis:
Suzaimi dan Asyran telah menghabiskan masa cuti mereka di kampung Izkandar. Azurin tidak ikut serta dan menghabiskan masa cuti di akademi. Sewaktu berkhemah di Lata Berkoh, Asyran dan Abang Malik disedut masuk ke dalam pusar air. Tetapi mereka dapat diselamatkan oleh Sam Okar, si penjejak kuasa alam. Sam Okar ialah anak orang asli yang dikurniakan kebolehan menguasai unsur alam seperti air, angin, tanah dan tumbuh-tumbuhan.
Bersama-sama Sam, Suzaimi dan rakan-rakannya telah menyelamatkan Mawar yang berada dalam bahaya di makmal Dr. Mayang yang terletak di Gunung Ophir. Sementara itu, di akademi, Azurin menemui pintu dimensi yang membawanya kepada rakan-rakannya di Gunung Ophir. Ketika dalam perjalanan menuju ke makmal Dr. Mayang, mereka bertemu dengan seteru baharu iaitu Anakardia Hedera.
Dapatkah Suzaimi dan rakan-rakannya menyelamatkan Mawar dengan bantuan Sam Okar? Rahsia mengenai Gen Gemilang dan Pintu Dimensi hampir terbongkar. Mahu tahu mengenai rahsia itu, ayuh dapatkan AG2 sekarang!
Akademi Gemilang Siri 3
Pewaris Gen Gemilang
Suzaimi
Mempunyai kebolehan meramal mimpi dan memulihkan kecederaan diri sendiri. Dia juga berupaya membuka Pintu Dimensi, Pintu Masa serta melakukan kembara mimpi.
Izkandar
Ketua Rumah Syahbandar yang mempunyai kebolehan membaca minda seseorang dengan hanya menyentuh mereka ataupun barang-barang milik mereka. Dia juga berupaya mengapungkan diri.
Asyran
Ketua Rumah Laksamana yang mempunyai kebolehan memanipulasi masa iaitu dapat bergerak pantas. Selain berupaya mengapungkan diri dan mengesan gelombang tenaga.
Azurin
Berkebolehan mengapungkan diri, menggerakkan sesuatu dengan menggunakan kuasa minda serta memunculkan objek yang dikehendaki.
Sam Okar
Berkebolehan memanipulasi kuasa alam seperti angin, air, tanah serta berupaya berkomunikasi dengan tumbuh-tumbuhan.
Mawar
Berkebolehan memunculkan busar, anak panah berapi dan bola api.
Anakardia Hedera
Berkebolehan menguasai tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan racun berbahaya.
Nalin
Berkebolehan mencuri kebolehan orang lain dan melakukan kembara mimpi.
Agen Hades
Hantu Serigala
Nama sebenarnya, Zaab bin Atan. Berupaya mengubah dirinya menjadi serigala hitam bermata merah. Dia berkebolehan memulihkan diri sendiri.
Ratu Serpent
Berupaya menukar bentuk fizikalnya menjadi ular merah yang besar dan berbisa di samping boleh memukau mangsa menggunakan semburan air liur dan renungan mata.
0 komentar:
Post a Comment