Posts

Showing posts from May, 2010

Jom beli AG3 dan dapatkan tandatangan

Image
Salam adik-adik semua, Salah seorang peminat AG, Adik Wan Syahin (melalui Facebook ) telah membuat permintaan kepada Kak Hani bagi membeli siri terbaharu AG daripada Kak Hani. Adik Syahin mahu Kak Hani menandatangani buku berkenaan. Cadangan Adik Syahin adalah sesuatu yang bagus bagi Kak Hani pertimbangkan. Oleh itu, Kak Hani nak lancarkan kempen "Jom beli AG" . Kepada adik-adik yang ingin membeli AG3 Kunci Dimensi berserta tandatangan Kak Hani, bolehlah emelkan nama penuh, alamat penghantaran, dan nombor telefon adik-adik. Sebaik sahaja AG3 siap dicetak, Kak Hani akan membuat pesanan dengan segera bagi memastikan adik-adik berpeluang mendapat AG3 Kunci Dimensi lebih awal daripada kedai buku. Kak Hani akan hantar buku adik-adik melalui pos. Maklumat lanjut mengenai pembayaran, akan Kak Hani maklumkan kelak. Jika ada adik-adik yang ingin membeli AG1: Pengembaraan Suzaimi dan AG2: Jejak Kuasa Alam, boleh juga membuat pesanan kepada Kak Hani.

Mempersembahkan: Akademi Gemilang Siri 3: Kunci Dimensi

Image
Harga: RM 16.50 / RM 18.50 ISBN-13: 978-967-5406-64-5 Tarikh Terbit: 28 May 2010 Jumlah Muka Surat : 256 Kategori: Remaja , Remaja Umum PTS One Sdn Bhd Terkejut tak? Kak Hani sangat terkejut...hehe. Salah seorang peminat AG, adik Kausar mengucapkan tahniah kepada Kak Hani melalui Facebook. Kak Hani berasa hairan kerana Kausar macam dah tahu AG3 hampir siap penerbitannya. Lantas, dalam keadaan tertanya-tanya dan teruja, Kak Hani layari laman web PTS. Kak Hani cari AG3 pada ruangan bakal terbit, tetapi tidak ada. Lalu Kak Hani ke direktori penulis dan klik nama sendiri. Maka terjumpalah Kak Hani dengan cover AG3 yang nyata berbeza dengan AG1 dan AG2. Apa pendapat adik-adik? Okey tak cover begini? Owh, Kak Hani baru perasan. Tarikh terbit AG3 adalah pada 28 Mei. Moga awal bulan Jun, AG3 sudah berada di rak-rak kedai buku seluruh Malaysia. Di sini Kak Hani nak kongsikan judul bab AG3: Bab 1: Pintu Dimesi Bab 2: Suzaimi Diintip Bab 3: Tawaran Dr. Raul Bab 4: Mawar di Yunar Bab 5: Rahsia Suz