Popular posts from this blog
Tukar wajah blog
Kak Hani rasa bosan melihat wajah blog yang lama. Jadi Kak Hani ambil keputusan untuk tukar wajah blog ni. Bagaimana? Segar ataupun semakin membosankan? Ketika ini Kak Hani masih menunggu penilaian daripada editor PTS One mengenai AG3. Masih belum mendapat apa-apa maklum balas. Tak sabar rasanya nak tahu apakah pendapat editor mengenai AG3. Selain siri AG, Kak Hani turut menulis Siri Usahawan Cilik yang diterbitkan oleh PTS Profesional. Manuskripnya sudah tiba di rumah Kak Hani dan bacaan pruf perlu dibuat sebelum menjalani proses penerbitan. Harap adik-adik dapat ubah selera dengan membaca karya terbaharu Kak Hani nanti. Sinopsis novel yang berjudul Mufin Manja boleh dibaca di blog Novel Izza.
Mufin Manja diulang cetak
Alhamdulillah...novel Kak Hani yang bercorak keusahawanan iaitu Mufin Manja sudah diulang cetak sebanyak 2000 naskhah. Sukanya tak terhingga. Kepada adik-adik yang gemar memasak terutamanya mufin dan yang suka berniaga, dapatkan Mufin Manja segera. Boleh beli daripada Kak Hani di Novel Kafe . Judul Ulang Cetak 1. Senangnya Memasak Makanan Laut (5000 unit) 2. Senangnya Memasak Sambal & Sos (5000 unit) 3. Senangnya Memasak Sayur (3000 unit) 4. Hidangan Terbaik Dunia Cina (3000 unit) 5. Diari Hidup Rasulullah (2000 unit) 6. Agenda Yahudi Menakluk Dunia (3000 unit) 7. Siti Hajar (3000 unit) 8. Travelog Haji (Edisi jimat) (3000 unit) 9. Hari 1 Resipi (10,000 unit) 10. Khadijah - Cinta Abadi Kekasih Nabi (2000 unit) 11. Smart Heart (2000 unit) 12. Imam Syafie Pejuang Kebenaran (3000 unit) 13. Otai Tunjuk Bakat (2000 unit) 14. Mufin Manja (2000 unit) 15. Imam Maliki (3000 unit) 16. Abu Bakar - Sahabat Sejati (3000 unit) 17. Offline dengan Syaitan (2000 unit) Sumber: Universiti Terbuka...