Posts

Showing posts from June, 2010

Harga istimewa AG3

Salam pembaca semua, Kak Hani ingin menawarkan harga istimewa untuk naskhah AG3: Kunci Demensi. Harga jualan di kedai ialah RM16.50 (Semenanjung) dan RM18.50 (Sabah/Sarawak). Jika beli daripada Kak Hani, adik-adik diberikan diskaun. Semenanjung Malaysia Harga buku RM15.00  Sabah/Sarawak Harga buku RM17.00 Bayaran pos biasa RM2.00 (guna stem sahaja). Kalau Pos Laju, tambah RM7.00. Bagi pembelian di luar Malaysia, pertukaran matawang dan bayaran pos antarabangsa dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Setiap buku akan ditandatangani oleh Kak Hani. Seandainya anda ingin mendapatkan novel itu, sila ke laman blog Novel Kafe  atau cari di Facebook Novel Kafe.

AG3 Kunci Dimensi dah sampai!

Salam adik-adik semua, Tadi Kak Hani ke gudang PTS di Dolomite Business Park untuk mengambil naskhah AG3. Kak Hani tak pasti sama ada di kedai-kedai buku sudah ada ataupun belum novel ini. Tapi jika ada adik-adik yang nak beli daripada Hani dan dapatkan tandatangan, boleh emel Kak Hani di alamat hani4475@gmail.com Berikan nama penuh, alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi. Bayaran sebanyak RM16.50 boleh dibuat dengan mengkreditkan jumlah itu ke akaun Maybank Kak Hani. Nombor akaunnya akan Kak Hani berikan menerusi balasan emel nanti. Bayaran pos percuma (Malaysia sahaja).