Posts

Showing posts from 2010

Kad raya daripada PTS

Image

Saja suka-suka

Cool Myspace Generators

AG3: Kunci Dimensi penamat siri AG?

Dah banyak emel dan pertanyaan yang Kak Hani terima. Masing-masing bertanyakan sama ada Kunci Dimensi ialah penutup atau penamat siri Akademi Gemilang. Jawapannya....Sebelum Kak Hani jawab, adik-adik jawab dulu soalan berikut: 1. Di mana Dr. Bunyamin? Adakah benar Dr. Raul yang menyembunyikannya? 2. Kisah Mawar di Dimensi Yunar tamat begitu sajakah? 3. Suzaimi tak mahu balik rumah? 4. Apa yang terjadi kepada Nadia a.k.a Anardia Hedera dan Hantu Serigala? Adakah mereka diburu Ratu Serpent? 5. Izkandar, Azurin dan Asyran masih belum menduduki SPM. Bagaimana cerita ini nak tamat? Jika adik-adik boleh jawab semua soalan Kak Hani, bermakna, masih ada persoalan dan teka-teki yang perlu diselesaikan. Nyata sekali Kunci Dimensi bukan penamat siri Akademi Gemilang. Hehe....

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan

Image

Harga istimewa AG3

Salam pembaca semua, Kak Hani ingin menawarkan harga istimewa untuk naskhah AG3: Kunci Demensi. Harga jualan di kedai ialah RM16.50 (Semenanjung) dan RM18.50 (Sabah/Sarawak). Jika beli daripada Kak Hani, adik-adik diberikan diskaun. Semenanjung Malaysia Harga buku RM15.00  Sabah/Sarawak Harga buku RM17.00 Bayaran pos biasa RM2.00 (guna stem sahaja). Kalau Pos Laju, tambah RM7.00. Bagi pembelian di luar Malaysia, pertukaran matawang dan bayaran pos antarabangsa dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Setiap buku akan ditandatangani oleh Kak Hani. Seandainya anda ingin mendapatkan novel itu, sila ke laman blog Novel Kafe  atau cari di Facebook Novel Kafe.

AG3 Kunci Dimensi dah sampai!

Salam adik-adik semua, Tadi Kak Hani ke gudang PTS di Dolomite Business Park untuk mengambil naskhah AG3. Kak Hani tak pasti sama ada di kedai-kedai buku sudah ada ataupun belum novel ini. Tapi jika ada adik-adik yang nak beli daripada Hani dan dapatkan tandatangan, boleh emel Kak Hani di alamat hani4475@gmail.com Berikan nama penuh, alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi. Bayaran sebanyak RM16.50 boleh dibuat dengan mengkreditkan jumlah itu ke akaun Maybank Kak Hani. Nombor akaunnya akan Kak Hani berikan menerusi balasan emel nanti. Bayaran pos percuma (Malaysia sahaja).

Jom beli AG3 dan dapatkan tandatangan

Image
Salam adik-adik semua, Salah seorang peminat AG, Adik Wan Syahin (melalui Facebook ) telah membuat permintaan kepada Kak Hani bagi membeli siri terbaharu AG daripada Kak Hani. Adik Syahin mahu Kak Hani menandatangani buku berkenaan. Cadangan Adik Syahin adalah sesuatu yang bagus bagi Kak Hani pertimbangkan. Oleh itu, Kak Hani nak lancarkan kempen "Jom beli AG" . Kepada adik-adik yang ingin membeli AG3 Kunci Dimensi berserta tandatangan Kak Hani, bolehlah emelkan nama penuh, alamat penghantaran, dan nombor telefon adik-adik. Sebaik sahaja AG3 siap dicetak, Kak Hani akan membuat pesanan dengan segera bagi memastikan adik-adik berpeluang mendapat AG3 Kunci Dimensi lebih awal daripada kedai buku. Kak Hani akan hantar buku adik-adik melalui pos. Maklumat lanjut mengenai pembayaran, akan Kak Hani maklumkan kelak. Jika ada adik-adik yang ingin membeli AG1: Pengembaraan Suzaimi dan AG2: Jejak Kuasa Alam, boleh juga membuat pesanan kepada Kak Hani.

Mempersembahkan: Akademi Gemilang Siri 3: Kunci Dimensi

Image
Harga: RM 16.50 / RM 18.50 ISBN-13: 978-967-5406-64-5 Tarikh Terbit: 28 May 2010 Jumlah Muka Surat : 256 Kategori: Remaja , Remaja Umum PTS One Sdn Bhd Terkejut tak? Kak Hani sangat terkejut...hehe. Salah seorang peminat AG, adik Kausar mengucapkan tahniah kepada Kak Hani melalui Facebook. Kak Hani berasa hairan kerana Kausar macam dah tahu AG3 hampir siap penerbitannya. Lantas, dalam keadaan tertanya-tanya dan teruja, Kak Hani layari laman web PTS. Kak Hani cari AG3 pada ruangan bakal terbit, tetapi tidak ada. Lalu Kak Hani ke direktori penulis dan klik nama sendiri. Maka terjumpalah Kak Hani dengan cover AG3 yang nyata berbeza dengan AG1 dan AG2. Apa pendapat adik-adik? Okey tak cover begini? Owh, Kak Hani baru perasan. Tarikh terbit AG3 adalah pada 28 Mei. Moga awal bulan Jun, AG3 sudah berada di rak-rak kedai buku seluruh Malaysia. Di sini Kak Hani nak kongsikan judul bab AG3: Bab 1: Pintu Dimesi Bab 2: Suzaimi Diintip Bab 3: Tawaran Dr. Raul Bab 4: Mawar di Yunar Bab 5: Rahsia Suz

Pruf AG3 dah sampai

Salam adik-adik semua, Kak Hani sudah menerima pruf AG3: Kunci Dimensi daripada sang editor pagi tadi. Maka, Kak Hani akan berusaha menyiapkan bacaan pruf AG3 secepat mungkin sebab kita semua dah tak sabar-sabar nak tengok AG3 masuk kedai buku, kan?

AG3 belum keluar, AG4 dah kena tulis?

Hmm...begitulah keadaannya. Alkisah siri Akademi Gemilang Kak Hani yang tersangkut-sangkut ni. Belum pun Kak Hani terima pruf 1 AG3, editor sudah melayangkan e-mel meminta Kak Hani menyiapkan AG4. Maka Kak Hani akan menyiapkan AG4 walaupun AG3 masih dalam proses penyuntingan pihak editor. Semakin tak sabar rasanya hendak melihat AG3 terpamer di kedai-kedai buku. Adik-adik pun lagilah bertambah tak sabar sebab nak tahu apa yang terjadi kepada Suzaimi dan rakan-rakannya, kan? Kak Hani dah tau cuma Kak Hani tak boleh nak beritahu. Nanti tak ada kejutan pula....hehehe. Kalau adik-adik ada cadangan untuk siri AG seterusnya, kongsilah di sini. Idea dan cadangan adik-adik mungkin dipertimbangkan. Tunggu AG3 tau!

Adik-adik, bersabar ya....

AG3 tidak akan terbit bulan ini mahupun berada di Pesta Buku Antarabangsa 2010 ini. Kak Hani sedih. Adik-adik juga pasti kecewa. Berikut ialah petikan emel yang Kak Hani terima daripada penerbit. Nampaknya masalah teknikal dalam penerbitan AG3 masih sedang diatasi. "Pertama sekali saya mohon maaf di atas kelewatan memaklumkan status manuskrip Akademi Gemilang 3. Saya sudah siap mengedit manuskrip itu. Walau bagaimanapun pihak penerbit mengalami masalah dengan illustrator kerana illustrator tidak dapat memberikan komitmen untuk projek kali ini. Oleh itu kami terpaksa mencari illustrator baru yang dapat melukis mengikut stroke asal. Tetapi illustrator itu hanya dapat memulakan kerja-kerjanya pada bulan Mac. Buku ini dijangka diterbitkan pada hujung bulan Mac ataupun awal bulan April. Berkenaan ketiadaan buku ini di PBAKL pada Mac nanti, pihak kami akan mengambil inisiatif meuar-uarkan keluaran sambungan buku ini di website. Selepas PBAKL, tahun ini juga ada beberapa pesta buk

AG3 Februari 2010

Salam dan Selamat Tahun Baharu 2010 adik-adik semua! Kak Hani ada berita baik. Insya-Allah, jika masalah berkenaan ilustrasi AG3 selesai, AG3 Kunci Dimensi akan berada di kedai-kedai buku pada Februari 2010. Moga tiada lagi penundaan sebab Kak Hani tahu peminat AG sudah tidak sabar menanti apakah yang terjadi kepada Suzaimi dan pelajar-pelajar AG yang lain. Usah nakal-nakal dan jaga perilaku serta budi bahasa walau di mana sahaja adik-adik berada.