Mempersembahkan: Akademi Gemilang Siri 3: Kunci Dimensi

Harga: RM 16.50 / RM 18.50
ISBN-13: 978-967-5406-64-5
Tarikh Terbit: 28 May 2010
Jumlah Muka Surat : 256

Kategori: Remaja, Remaja Umum

PTS One Sdn Bhd

Terkejut tak?

Kak Hani sangat terkejut...hehe. Salah seorang peminat AG, adik Kausar mengucapkan tahniah kepada Kak Hani melalui Facebook. Kak Hani berasa hairan kerana Kausar macam dah tahu AG3 hampir siap penerbitannya. Lantas, dalam keadaan tertanya-tanya dan teruja, Kak Hani layari laman web PTS. Kak Hani cari AG3 pada ruangan bakal terbit, tetapi tidak ada. Lalu Kak Hani ke direktori penulis dan klik nama sendiri. Maka terjumpalah Kak Hani dengan cover AG3 yang nyata berbeza dengan AG1 dan AG2.

Apa pendapat adik-adik? Okey tak cover begini?

Owh, Kak Hani baru perasan. Tarikh terbit AG3 adalah pada 28 Mei. Moga awal bulan Jun, AG3 sudah berada di rak-rak kedai buku seluruh Malaysia.

Di sini Kak Hani nak kongsikan judul bab AG3:

Bab 1: Pintu Dimesi

Bab 2: Suzaimi Diintip

Bab 3: Tawaran Dr. Raul

Bab 4: Mawar di Yunar

Bab 5: Rahsia Suzaimi

Bab 6: Kunci Dimensi

Bab 7: Dimensi Terbuka

Bab 8: Persahabatan Mustahil

Bab 9: Peperangan Opal

Bab 10: Pulang

Comments

Fariz Huzaini said…
Akhirnya, AG3 dah diterbitkan setelah sekian lama menunggu. :)

Tapi, melihatkan judul2 bab AG3, rasanya AG3 bukan penamatnya.

AG4 akan menyusul ?
wahh!!
lawa covernya..
Tahniah kak hani!!
Phoenix Bangkit said…
ya benar farisk...AG3 bukan penamatnya. AG4 sedang ditulis.

Hafiz, sensei Kak Hani kata covernya dah macam warna Ben 10 pulak...hahaha
pinkygirl said…
kak hani!!!bile AG4 nak kluwa??sy x sbr arr
Unknown said…
Alamak, baru tahu AG 3 dah lama keluar.. Nak kena cari ni!!!

Nak beli AG 4 juga...
1412Spade said…
Eh, dah keluar :D <<(Bru sedar)
x sabor nyer nak pergi beli nanti >.<
lama saya tunggu AG3 nie :D

Seingat saya, saya start baca AG 1
masa umur 10-11 thun<<(X berapa ingat
begitu juga ngan AG 2 :D
sekarang saya dah berumur 14 thn :D

Baca berapa kali pon x jemu2 XD
Unknown said…
kak...AG3 best wo......x sbr nak tunggu AG4.....nnt sound2 la kak lau dah out...heeeee

Popular posts from this blog

Jejak Kuasa Alam

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi

Emel peminat AG