Posts

Showing posts from 2009

AG3 belum terbit

Salam semua. Terlebih dahulu Kak Hani mohon maaf kerana AG3 tidak berada di pasaran seperti yang dijangkakan. Sekiranya Kak Hani mendapat maklum balas daripada pihak penerbit, Kak Hani akan uar-uarkan di sini. Sementara menanti kemunculan AG3, adik-adik boleh dapatkan naskhah Mufin Manja (http://mufinmanja.blogspot.com) yang sudah pun berada di pasaran. Sabar menanti AG3 ya!

Tukar wajah blog

Kak Hani rasa bosan melihat wajah blog yang lama. Jadi Kak Hani ambil keputusan untuk tukar wajah blog ni. Bagaimana? Segar ataupun semakin membosankan? Ketika ini Kak Hani masih menunggu penilaian daripada editor PTS One mengenai AG3. Masih belum mendapat apa-apa maklum balas. Tak sabar rasanya nak tahu apakah pendapat editor mengenai AG3. Selain siri AG, Kak Hani turut menulis Siri Usahawan Cilik yang diterbitkan oleh PTS Profesional. Manuskripnya sudah tiba di rumah Kak Hani dan bacaan pruf perlu dibuat sebelum menjalani proses penerbitan. Harap adik-adik dapat ubah selera dengan membaca karya terbaharu Kak Hani nanti. Sinopsis novel yang berjudul Mufin Manja boleh dibaca di blog Novel Izza.

Logo AG

Image
Cantik tak kalau Kak Hani buat lencana?

Rumah Suzaimi

Image
Sekarang, rumah Suzaimi sudah tinggal tapak yang akan dijadikan padang sekolah. Tetapi dalam AG3, tapak rumah ini sudah pun menjadi padang. Kita melompat pada masa hadapan dalam AG3. Ini rumah Suzaimi sebelum dirobohkan. Siap ada pelangi lagi.

AG3 di meja editor

Kini AG3 Kunci Dimensi sudah berada di meja editor PTSOne. Sekiranya segala proses penerbitan berjalan lancar mengikut jadual, KUNCI DIMENSI bakal menemui peminat pada bulan Ogos 2009. Nantikan kemunculan AG3 Kunci Dimensi di kedai-kedai buku utama!

AG3 terbit Ogos 2009!

Salam adik-adik semua! Kak Hani telah diberitahu oleh editor PTS One, Encik Alif mengenai AG3 yang dicari ramai peminat AG di pesta buku baru-baru ini. Disebabkan perkara itu, Encik Alif telah meminta Kak Hani segera menyiapkan AG3 kerana mereka mahu menerbitkannya pada bulan Ogos nanti. Nampaknya jadual penerbitan AG3 sudah diawalkan dua bulan. Jadi adik-adik tidak payah menunggu lama. Temui  Akademi Gemilang 3: Kunci Dimensi   pada Ogos 2009 ini!

Pesta Buku Datang Lagi

Image
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 datang lagi! Kepada adik-adik yang masih belum mendapatkan naskhah siri Akademi Gemilang Siri 1: Pengembaraan Suzaimi dan Siri 2: Jejak Kuasa Alam boleh mendapatkannya di booth PTS.  Adik-adik boleh muat turun kupon diskaun dari laman web PTS. Klik sini . 

AG di Radio IKIM.fm

Salam adik-adik semua, Hari ini Kak Hani ke udara di Radio IKIM.fm 91.5 dalam slot Mata Pena, jam 9.15 malam bagi membicarakan Akademi Gemilang. Dengarkan ya!

Akademi Gemilang di Radio IKIM. Siapa nak tolong Kak Hani ke udara?

Assalamualaikum adik-adik semua, Tadi Kak Hani menerima panggilan telefon daripada Kak Fairuz, penerbit di radio IKIM.fm. Kak Fairuz menjemput Kak Hani membuat rakaman bagi slot Mata Pena bagi membicarakan novel Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam. Slot Mata Pena akan ke udara pertama kali pada malam ini jam 9.15 malam di radio IKIM.fm 91.5. Bagi slot Kak Hani yang akan ke udara pada minggu hadapan (23 Mac 2009), Kak Fairuz memerlukan kerjasama adik-adik bagi membuat ulasan mengenai JKA. Oleh itu, Kak Hani ingin memohon bantuan adik-adik supaya memberikan nombor telefon untuk dihubungi. Nanti Kak Fairuz akan menghubungi adik-adik secara rambang.  Sila berikan nombor telefon sebelum hari Khamis ini. Kak Hani akan membuat rakaman slot tersebut pada hari berkenaan.  Terima kasih atas bantuan adik-adik semua. Teruskan menyokong AG. Kunci Dimensi akan menemui adik-adik pada bulan Ogos 2009 nanti.

paparan pukal AG2

Image
Sudah lama Kak Hani tidak menjenguk ke blog ini. Maklumlah, sibuk dengan tugasan harian dan juga menyiapkan AG3. Pagi ini Kak Hani terjumpa satu entri yang dicatatkan di blog ini . AG2: Jejak Kuasa Alam dipamerkan secara pukal di sebuah kedai buku. Kepada adik-adik yang masih mencari koleksi buku AG, adik-adik boleh melayari laman web Book Cafe . Koleksi siri Akademi Gemilang boleh dibeli secara online . Ini memudahkan adik-adik yang tinggal jauh dari kedai buku dan juga yang tinggal di luar negara.