Kak Hani rasa bosan melihat wajah blog yang lama. Jadi Kak Hani ambil keputusan untuk tukar wajah blog ni. Bagaimana? Segar ataupun semakin membosankan? Ketika ini Kak Hani masih menunggu penilaian daripada editor PTS One mengenai AG3. Masih belum mendapat apa-apa maklum balas. Tak sabar rasanya nak tahu apakah pendapat editor mengenai AG3. Selain siri AG, Kak Hani turut menulis Siri Usahawan Cilik yang diterbitkan oleh PTS Profesional. Manuskripnya sudah tiba di rumah Kak Hani dan bacaan pruf perlu dibuat sebelum menjalani proses penerbitan. Harap adik-adik dapat ubah selera dengan membaca karya terbaharu Kak Hani nanti. Sinopsis novel yang berjudul Mufin Manja boleh dibaca di blog Novel Izza.
Harga: RM 16.50 / RM 18.50 ISBN-13: 978-967-5406-64-5 Tarikh Terbit: 28 May 2010 Jumlah Muka Surat : 256 Kategori: Remaja , Remaja Umum PTS One Sdn Bhd Terkejut tak? Kak Hani sangat terkejut...hehe. Salah seorang peminat AG, adik Kausar mengucapkan tahniah kepada Kak Hani melalui Facebook. Kak Hani berasa hairan kerana Kausar macam dah tahu AG3 hampir siap penerbitannya. Lantas, dalam keadaan tertanya-tanya dan teruja, Kak Hani layari laman web PTS. Kak Hani cari AG3 pada ruangan bakal terbit, tetapi tidak ada. Lalu Kak Hani ke direktori penulis dan klik nama sendiri. Maka terjumpalah Kak Hani dengan cover AG3 yang nyata berbeza dengan AG1 dan AG2. Apa pendapat adik-adik? Okey tak cover begini? Owh, Kak Hani baru perasan. Tarikh terbit AG3 adalah pada 28 Mei. Moga awal bulan Jun, AG3 sudah berada di rak-rak kedai buku seluruh Malaysia. Di sini Kak Hani nak kongsikan judul bab AG3: Bab 1: Pintu Dimesi Bab 2: Suzaimi Diintip Bab 3: Tawaran Dr. Raul Bab 4: Mawar di Yunar Bab 5: Rahsia Suz...
Izza Aripin likes Hani Ismail (Novelist) Create your Like Badge Mari ajak kawan-kawan peminat siri Akademi Gemilang LIKE page Kak Hani. Moga dengan adanya halaman ini, lagi cepat Kak Hani post update mengenai status AG4.
Comments