Akademi Gemilang di Radio IKIM. Siapa nak tolong Kak Hani ke udara?

Assalamualaikum adik-adik semua,

Tadi Kak Hani menerima panggilan telefon daripada Kak Fairuz, penerbit di radio IKIM.fm. Kak Fairuz menjemput Kak Hani membuat rakaman bagi slot Mata Pena bagi membicarakan novel Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam. Slot Mata Pena akan ke udara pertama kali pada malam ini jam 9.15 malam di radio IKIM.fm 91.5.

Bagi slot Kak Hani yang akan ke udara pada minggu hadapan (23 Mac 2009), Kak Fairuz memerlukan kerjasama adik-adik bagi membuat ulasan mengenai JKA. Oleh itu, Kak Hani ingin memohon bantuan adik-adik supaya memberikan nombor telefon untuk dihubungi. Nanti Kak Fairuz akan menghubungi adik-adik secara rambang. 

Sila berikan nombor telefon sebelum hari Khamis ini. Kak Hani akan membuat rakaman slot tersebut pada hari berkenaan. 

Terima kasih atas bantuan adik-adik semua. Teruskan menyokong AG. Kunci Dimensi akan menemui adik-adik pada bulan Ogos 2009 nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Emel peminat AG

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi