Posts

Showing posts from 2007

Akan terbit

Image
Hani Ismail (PTSOne) RM 14.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak), Tarikh Terbit: 14 December 2007 Inilah kulit buku Siri Kedua Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam yang bakal memenuhi rak-rak di kedai buku tidak lama lagi.

Jejak Kuasa Alam

Image
Pembaca budiman, Alhamdulillah, Siri Kedua Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam (JKA) sedang dalam proses percetakan. Tajuk siri kali ini ialah Jejak Kuasa Alam . Kali ini Suzaimi dan rakan-rakannya -- Izkandar, Asyran dan Azurin mengembara jauh ke dalam hutan tebal dalam misi menyelamatkan Mawar. Dalam perjalanan, mereka telah bertembung dengan Penjejak Kuasa Alam. Mimpi Suzaimi pula semakin aneh dan banyak persoalan baru muncul. Azurin juga mendapat kelebihan baru. Dapatkah Suzaimi dan rakan-rakannya menyelamatkan Mawar? Siapakah Penjejak Kuasa Alam? Adakah mereka bertarung lagi dengan Hantu Serigala dan Ratu Serpent? Sama-sama tunggu kemunculan Jejak Kuasa Alam di kedai buku berhampiran anda! Title page Jejak Kuasa Alam Kulit novel tidak banyak berbeza daripada versi ini. Saya benar-benar sukakan lukisan dalam AG. Terima kasih kepada pelukis Jack, editor Ann dan Lia serta semua warga kerja PTSOne kerana sama-sama menjayakan penerbitan AG.

JKA

Semalam saya menerima manuskrip Siri Kedua Akademi Gemilang: JKA bagi tujuan suntingan sebelum ia melalui proses penerbitan. Alhamdulillah, hari ini saya selesai menyunting manuskrip tersebut. Pada hari Isnin ini saya akan menghantar semula manuskrip itu kepada pihak penerbit. Untuk siri ketiga, saya sudah pun memikirkan apakah plot dan persoalan yang bakal dihuraikan. Hanya menunggu masa untuk ditulis.

Siri Kedua Akademi Gemilang: JKA

Salam Syawal, Siri kedua Akademi Gemilang iaitu JKA (tajuknya masih lagi dirahsiakan selagi belum mendapat kebenaran daripada penerbit), bakal menemui pembaca sekalian pada bulan Disember nanti. Buat masa ini, manuskrip tersebut sedang disunting oleh editor PTSOne. Tidak sabar rasanya hendak menatap versi pracetak yang bakal dikirimkan melalui e-mel pada bila-bila masa sahaja. Sempena bulan Syawal yang mulia ini juga saya telah mengubah dekorasi blog ini. Ada satu elemen di blog baru ini yang membayangkan inti pati siri kedua yang bakal menyusul. Tunggu!

Nota Azurin untuk Izkandar

Make Love Letters at bigoo.ws

SIRI KEDUA AKADEMI GEMILANG

Salam Ramadan buat pembaca semua.   Berita baik untuk anda. Akademi Gemilang Siri 2 sudah pun dihantar kepada editor PTSOne. Sekiranya tiada apa-apa masalah, buku ini bakal menemui pembaca pada penghujung tahun 2007. Jika sudah siap terbit, saya warwarkan di sini. Sama-samalah kita tunggu kelahiran SIRI KEDUA AKADEMI GEMILANG . Tajuknya? Masih lagi rahsia.

Berkongsi kegembiraan

Walaupun tak besar, saya mahu berkongsi kegembiraan ini. Pada bulan Jun 2007 , jualan Akademi Gemilang begitu menggalakkan sehingga menduduki tangga keenam carta Top Ten PTS Publications & Distributors. Manakala pada bulan Julai 2007 lalu, Akademi Gemilang berada di tangga kelima pula dalam carta terbabit. Alhamdulillah, berkat sokongan pembaca semua yang telah meletakkan Akademi Gemilang ke tahap ini. Walaupun kecil, saya tetap gembira.

KLF

Dahulu sewaktu saya masih menuntut di UIAM, saya mempunyai sekumpulan rakan-rakan yang minat apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sci-fi/fantasi. Daripada The Hobbit, Robotech, Transformer hinggalah ke novel grafik Neil Gaiman menjadi kegilaan kami. Cuma saya sedikit berbeza kerana meminati kisah-kisah vampire, bukan pontianak dunia Melayu. Disebabkan kegilaan kami kepada dunia sci-fi/fantasi, maka kami menubuhkan Kreative Liberated Front. Kenapa Creative dieja Kreative, itu kena tanya pengasas KLF. Ard, Bongo dan Ku...kamu kena jawab soalan ini. Saya dah lupa sebabnya...heheheh. Kami merancang untuk menerbitkan sebuah novel grafik sci-fi/fantasi. Malangnya hasrat tidak kesampaian sebab kami tidak tahu siapa yang boleh menerbitkan novel tersebut. Lama-kelamaan kumpulan kami berpecah, tetapi kami masih berhubung dan berjumpa dari semasa ke semasa. Malam semalam saya berjaya menghubungi Ard melalui Yahoo Messenger. Saya khabarkan kepada dia mengenai projek sci-fi/fantasi PTS Fortuna. Dia

Kelas Sci-Fi

Sebelum ini saya memang tidak pernah mendapat didikan profesional dalam bidang penulisan. Saya tahu menulis disebabkan oleh Cikgu Sabariah yang mengajar mata pelajaran Sastera semasa saya di tingkatan empat dan lima dahulu. Melalui tunjuk ajar Cikgu Sabariah dan digandingkan dengan kegemaran saya menulis diari, akhirnya saya pun mula menulis. Cerita pertama karangan saya ialah kisah penyiasatan. Ini kerana saya amat menggemari siri penyiasatan Nancy Drew (Salma Hamid, Zarina dan Mei Lin), kisah lima sekawan, Hardy Boys dan Sherlock Holmes. Malangnya semua tulisan itu tidak pernah saya habiskan. Semasa saya belajar di IPT, saya mula menulis kisah fantasi dan sci-fi. Tambahan pula rakan-rakan di sekeliling kebanyakannya pengikut setia siri kartun dan anime sci-fi. Akademi Gemilang merupakan percubaan pertama saya menulis dalam genre sci-fi. Demi memperbaiki mutu penulisan dalam genre tersebut, saya mengikuti satu bengkel yang dianjurkan oleh En. Syafizan a.k.a. Saudara Mat Jan daripada P

Ulasan Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi

Pembaca budiman, Sukacita saya hendak memaklumkan bahawa novel siri pertama Akademi Gemilang telah diulas oleh blog Ulas dan Kupas . Saya sendiri tidak tahu mengenai perkara ini sehinggalah diberi tahu oleh novelis Amir Husaini ( Ombak Senja , 2007). Kepada pemilik blog, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memilih novel saya untuk diulas. Komen yang anda berikan saya kutip demi memperbaiki tulisan saya pada masa hadapan. Cadangan anda mengenai watak antagonis iaitu Agen Hades akan saya pertimbangkan. Apa yang saya dedahkan dalam siri pertama bukanlah keseluruhan cerita. Maksud saya, cerita masih belum lengkap. Mengenai siapa hero sebenar siri ini selain Suzaimi, akan saya dedahkan dalam siri demi siri. Saya cuba menampilkan sesuatu yang berbeza walaupun ada mirip di sana sini. Saya paparkan ulasan blog Ulas dan Kupas di sini: Saya sudah lama tidak membaca novel untuk remaja. Kebetulan semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, ternampak novel Akademi Gemilan

Akademi Gemilang Siri 2

Pembaca yang dihormati, Siri kedua Akademi Gemilang sedang diolah. Penerbitannya dijadualkan pada hujung tahun ini. Kali ini pembaca akan dibawa mengembara bersama Suzaimi di hutan Taman Negara. Ada misteri dan cabaran baru menanti Suzaimi dan rakan-rakannya. Siapakah yang ditemui oleh Suzaimi, Izkandar dan Asyran di dalam hutan? Apakah yang terjadi kepada Mawar di Gunung Ledang? Adakah Azurin akan berdiam diri apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada cermin di bilik Mawar? Sama-samalah kita tunggu jawapannya dalam Siri kedua Akademi Gemilang.

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi

Image
Hani Ismail , PTS One Sdn Bhd Harga: RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)ISBN: ISBN 983-3653-76-6Barcode: 9789833653768Jumlah Halaman: 240 halaman Tarikh Terbit: 27 May 2007 (Dari kiri: Izkandar, Azurin, Suzaimi, Mawar dan Asyran) Sinopsis Suzaimi, seorang remaja yang dikurniai oleh kelebihan istimewa - boleh melihat masa hadapan melalui mimpi - telah diburu oleh Hantu Serigala, iaitu seorang Agen Hades. Dalam pelariannya, dia bertemu dengan Agen Gemilang dan diselamatkan ke Akademi Gemilang. Di sana, dia disatukan dengan pelajar-pelajar istimewa lain yang mempunyai pelbagai kelebihan. Perkenalannya dengan Mawar (berkebolehan memunculkan busar api) telah menyeret Suzaimi ke sebuah pengembaraan. Turut bersama mereka dalam pengembaraan itu ialah Azurin (mempunyai kebolehan telekinesis), Izkandar (berkebolehan membaca minda melalui sentuhan) dan Asyran (berkeupayaan menghilangkan diri). Dalam pengembaraan ini mereka dicabar oleh Ratu Serpent dan Hantu Serigala. Di samping itu persoal