Siri Kedua Akademi Gemilang: JKA

Salam Syawal,

Siri kedua Akademi Gemilang iaitu JKA (tajuknya masih lagi dirahsiakan selagi belum mendapat kebenaran daripada penerbit), bakal menemui pembaca sekalian pada bulan Disember nanti. Buat masa ini, manuskrip tersebut sedang disunting oleh editor PTSOne. Tidak sabar rasanya hendak menatap versi pracetak yang bakal dikirimkan melalui e-mel pada bila-bila masa sahaja.

Sempena bulan Syawal yang mulia ini juga saya telah mengubah dekorasi blog ini. Ada satu elemen di blog baru ini yang membayangkan inti pati siri kedua yang bakal menyusul.

Tunggu!

Comments

Popular posts from this blog

Jejak Kuasa Alam

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi

Emel peminat AG