KLF

Dahulu sewaktu saya masih menuntut di UIAM, saya mempunyai sekumpulan rakan-rakan yang minat apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sci-fi/fantasi. Daripada The Hobbit, Robotech, Transformer hinggalah ke novel grafik Neil Gaiman menjadi kegilaan kami. Cuma saya sedikit berbeza kerana meminati kisah-kisah vampire, bukan pontianak dunia Melayu.

Disebabkan kegilaan kami kepada dunia sci-fi/fantasi, maka kami menubuhkan Kreative Liberated Front. Kenapa Creative dieja Kreative, itu kena tanya pengasas KLF. Ard, Bongo dan Ku...kamu kena jawab soalan ini. Saya dah lupa sebabnya...heheheh. Kami merancang untuk menerbitkan sebuah novel grafik sci-fi/fantasi. Malangnya hasrat tidak kesampaian sebab kami tidak tahu siapa yang boleh menerbitkan novel tersebut. Lama-kelamaan kumpulan kami berpecah, tetapi kami masih berhubung dan berjumpa dari semasa ke semasa.

Malam semalam saya berjaya menghubungi Ard melalui Yahoo Messenger. Saya khabarkan kepada dia mengenai projek sci-fi/fantasi PTS Fortuna. Dia nampaknya berminat. Harapan saya, moga dia tabah menyiapkan novel trilogi yang selalu diangan-angankannya itu.

Ard, kalau kamu membaca nota ini, anggap sahaja ia sebagai satu cabaran yang dilontarkan oleh seorang teman lama. Kepada teman-teman KLF yang lain, harap kalian masih setia dengan misi lama dan bangkit semula. Kita sudah jumpa penerbitnya!

Comments

Popular posts from this blog

Jejak Kuasa Alam

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi

Emel peminat AG