Jejak Kuasa Alam

Pembaca budiman,

Alhamdulillah, Siri Kedua Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam (JKA) sedang dalam proses percetakan. Tajuk siri kali ini ialah Jejak Kuasa Alam. Kali ini Suzaimi dan rakan-rakannya -- Izkandar, Asyran dan Azurin mengembara jauh ke dalam hutan tebal dalam misi menyelamatkan Mawar. Dalam perjalanan, mereka telah bertembung dengan Penjejak Kuasa Alam. Mimpi Suzaimi pula semakin aneh dan banyak persoalan baru muncul. Azurin juga mendapat kelebihan baru. Dapatkah Suzaimi dan rakan-rakannya menyelamatkan Mawar? Siapakah Penjejak Kuasa Alam? Adakah mereka bertarung lagi dengan Hantu Serigala dan Ratu Serpent? Sama-sama tunggu kemunculan Jejak Kuasa Alam di kedai buku berhampiran anda!



Title page Jejak Kuasa Alam

Kulit novel tidak banyak berbeza daripada versi ini. Saya benar-benar sukakan lukisan dalam AG. Terima kasih kepada pelukis Jack, editor Ann dan Lia serta semua warga kerja PTSOne kerana sama-sama menjayakan penerbitan AG.

Comments

Anonymous said…
AG mmg best
sbb ada unsur islam
hehehe
teruskan
semoga diberkati
ALLAH
Phoenix Bangkit said…
teruskan menyokong ya, farah.

Popular posts from this blog

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi

Rindu AG?