Emel peminat AG

Assalamualaikum w.r.t, Pn. Hani.

saya Fathin Wahidah Bt Ahmad Tarmize, peminat buku Akademi Gemilang, malah saya memiliki ketiga-tiga buku tersebut. saya teruja membaca buku Pn. Hani mengenai pelajar yang memiliki kuasa istimewa kerana ia sangat berbeza dengan cerita-cerita mengenai kuasa-kuasa hebat. cerita ini sentiasa mengingatkan kita supaya bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah Taala.

namun begitu, saya mengharapkan cerita ini berakhir dengan kesudahan yang baik. mungkin bagi Pn. Hani itulah kesudahan yang baik tapi bagi saya kehilangan Dr. Bunyamin, apa yang terjadi pada Mawar di Dimensi Yunar dan apa yang berlaku kepada Hantu Serigala dan Anakardia Hedera menjadi tanda tanya kepada saya. saya mengharapkan Pn. Hani dapat membuat sambungan cerita Akademi Gemilang. Terima Kasih.

Kak Hani banyak menerima emel seumpama ini yang bertanyakan mengenai sambungan AG. Kegusaran adik-adik mengenai banyak persoalan yang tidak terjawab dalam AG3, amat Kak Hani fahami. Kak Hani sendiri gusar memikirkan apakah plot yang akan memenuhi AG3. Plot awal memang sudah tercarta sejak tahun lalu dan sudah pun ditulis. Tetapi Kak Hani mengambil keputusan, merombak keseluruhan manuskrip. Kini Kak Hani sedang mengusahakan plot yang baharu.

Namun semua kerja penulisan terpaksa dihentikan sementara waktu kerana Kak Hani sedang sibuk dengan kerjaya baharu dalam bidang perniagaan. Sebagai makluman, supaya adik-adik tidak tertanya-tanya, Kak Hani sedang dalam proses membuka kedai sendiri....yeay! Kedai yang Kak Hani usahakan ini menjual pelbagai barangan termasuk buku. Insya-Allah, sambil berkedai, Kak Hani akan aktif semula menulis sambungan AG.

Usah risau sebab AG tidak tamat begitu sahaja. Ini janji Kak Hani!


Kedai Kak Hani. Tapi ini dulu. Semasa mula-mula ubah suai. Sekarang dah lain.

Comments

Anonymous said…
kak hani, sy fathin wahidah... sy ada cadangan tapi itu terpulang pada akak nak buat atau tak.nama pun cadangan. hehehe... bila baca AG, adakala ada ayat yang sy tak faham.then disamping penceritaan, ada lukisan. so, sy cadangankan kalau akak buat AG dalam bentuk komik. tak semestinya akak buat komik, akak buat cerita, akak upah orang buat lukisan. sy harap cadangan sy dpt dipertimbangkan...
sy brsetuju dgn cadangan fathin wahidah itu,mgkin AG akn lebih gempak
dengan adanya komik AG....

hrp urusan kak hani akn cpt selesai...amin...

nak tnya bleh?kedai kak hani kat mana?

-akmal-
Izza Hani said…
memang kak hani ada merancang nak komikkan AG. kak hani membayangkan dapat rakan pelukis yang boleh melukis ala-ala anime atau manga. kalau ada sesiapa yang berminat jadi pelukis kak hani, ayuhlah!

terima kasih fathin dan akea kerana sudi menyokong AG!

Popular posts from this blog

Jejak Kuasa Alam

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi