Salam perkenalan

Apa khabar adik-adik dan peminat novel sci-fi? Adakah anda semua sudah memiliki Siri 2 AG: Jejak Kuasa Alam? Sekiranya belum, boleh dapatkan naskhah anda dari kedai-kedai buku berhampiran. Jika nak beli semasa Pesta Buku (4-13 April 2008) nanti, pun boleh juga. Boleh dapatkan tandatangan Kak Hani di sana.

Sejak penerbitan Siri 1 AG, Kak Hani banyak menerima emel daripada adik-adik dan peminat novel sci-fi. Ada yang memberikan komen dan cadangan bagaimana kisah seterusnya harus ditulis. Kak Hani ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah memberikan komen yang membina. Harapan Kak Hani agar adik-adik dan para peminat novel sci-fi terus memberikan komen dan cadangan agar Siri AG dapat memenuhi citarasa semua.

Terbaru, Kak Hani menerima emel daridapa adik Kausar yang memanggil Kak Hani sebagai 'makcik'. Makcik? Dah tua sangat ke Kak Hani? Hmm...cuba bayangkan seorang makcik berselendang, berbaju kurung Kedah dan berkain batik, memegang bakul pasar dan payung sambil menulis Siri AG. Itulah gambaran 'makcik' yang terbayang di fikiran Kak Hani ketika membaca emel adik Kausar. Jangan marah ya, adik. Kak Hani bergurau sahaja.

Baiklah, untuk makluman adik-adik dan para peminat sci-fi, biarlah Kak Hani memperkenalkan diri Kak Hani.

Nama pena, Hani Ismail (ini nama dalam MyKad yang dipendekkan). Umur Kak Hani 33 tahun (dah tua...hehehe). Sebelum Siri AG, Kak Hani telah menghasilkan beberapa buah novel genre lain. Kak Hani memang meminati novel, filem dan kartun/anime bercorak fantasi dan sci-fi. Siri kartun kegemaran Kak Hani ialah Robotech (Macross, Southern Cross, Mospeada) dan Transformers. Kini anak sulung Kak Hani, Aliyah (6 tahun) juga meminati Transformers. Wah...Kak Hani sudah ada geng di rumah!

Semasa kecil, Kak Hani suka sangat tengok cerita kartun sehingga berangan-angan nak jadi Superhero macam dalam cerita. Angan-angan itu Kak Hani simpan dan zahirkan dalam tulisan Kak Hani seperti Siri AG. Baiklah adik-adik dan peminat sci-fi, cukup sampai di sini dahulu coretan Kak Hani.

Semasa cuti sekolah, manfaatkan masa adik-adik dengan membaca buku/majalah yang memberikan ilmu dan pengajaran. Jangan asyik tengok TV dan main games sahaja tau!

Comments

Popular posts from this blog

Jejak Kuasa Alam

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi

Emel peminat AG