Posts

paparan pukal AG2

Image
Sudah lama Kak Hani tidak menjenguk ke blog ini. Maklumlah, sibuk dengan tugasan harian dan juga menyiapkan AG3. Pagi ini Kak Hani terjumpa satu entri yang dicatatkan di blog ini . AG2: Jejak Kuasa Alam dipamerkan secara pukal di sebuah kedai buku. Kepada adik-adik yang masih mencari koleksi buku AG, adik-adik boleh melayari laman web Book Cafe . Koleksi siri Akademi Gemilang boleh dibeli secara online . Ini memudahkan adik-adik yang tinggal jauh dari kedai buku dan juga yang tinggal di luar negara.

Kunci Dimensi

Akademi Gemilang 3: Kunci Dimensi

Salam buat adik-adik semua. Tajuk kerja ( working title ) Siri Akademi Gemilang yang ketiga sudah Kak Hani pilih, iaitu Kunci Dimensi. Kak Hani menyasarkan supaya AG3 boleh berada di pesta buku kelak. Malangnya, AG3 dah lambat masuk barisan. Jadi, AG3 tidak akan berada di pesta buku 2009 pada bulan April nanti. Insya-Allah, AG3 akan menemui adik-adik semua pada bulan Oktober 2009. Tunggu ya!

GAMBATTE KUDASAI

Kak Hani ingin mengambil kesempatan  ini mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan setaraf dengannya.  Tahniah juga Kak Hani ucapkan kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tidak lama dahulu.  Kepada adik-adik yang kurang berjaya, jangan putus asa. Masa depan adik-adik bukan terhenti setakat ini sahaja. Masih ada PMR dan SPM yang bakal menentukan masa depan adik-adik semua. GAMBATTE KUDASAI!

Eid Mubarak

Berehat

Salam kepada adik-adik dan pengunjung blog AG, Buat masa ini Kak Hani sedang berehat kerana melahirkan anak yang ketiga. Oleh itu, masa Kak Hani di hadapan komputer amat terhad. Semua komen dan emel yang dihantar, Kak Hani akan cuba membalasnya secepat yang mungkin. Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

Siapakah Penulis PTSOne Kegemaran Adik-adik?

Image