Apa khabar adik-adik dan peminat novel sci-fi? Adakah anda semua sudah memiliki Siri 2 AG: Jejak Kuasa Alam? Sekiranya belum, boleh dapatkan naskhah anda dari kedai-kedai buku berhampiran. Jika nak beli semasa Pesta Buku (4-13 April 2008) nanti, pun boleh juga. Boleh dapatkan tandatangan Kak Hani di sana. Sejak penerbitan Siri 1 AG, Kak Hani banyak menerima emel daripada adik-adik dan peminat novel sci-fi. Ada yang memberikan komen dan cadangan bagaimana kisah seterusnya harus ditulis. Kak Hani ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah memberikan komen yang membina. Harapan Kak Hani agar adik-adik dan para peminat novel sci-fi terus memberikan komen dan cadangan agar Siri AG dapat memenuhi citarasa semua. Terbaru, Kak Hani menerima emel daridapa adik Kausar yang memanggil Kak Hani sebagai 'makcik'. Makcik? Dah tua sangat ke Kak Hani? Hmm...cuba bayangkan seorang makcik berselendang, berbaju kurung Kedah dan berkain batik, memegang bakul pasar dan payung sambil me...