Komen mengenai Siri AG

Lewat beberapa minggu ini, Kak Hani terputus hubungan dengan dunia siber pada waktu siang. Ini kerana, di pejabat baru Kak Hani talian Internet masih belum disambung. Di rumah, Kak Hani hanya ada masa yang singkat dan terhad menghadap komputer. Maka sebab itu, Kak Hani 'hilang' seketika daripada dunia Yahoo! Messenger.

Tadi seorang rakan penulis memberitahu mengenai ada sebuah blog yang mengulas siri AG1: Pengembaraan Suzaimi. Blog itu kepunyaan Darius. Klik pada namanya bagi membaca ulasan yang ditulis. Terima kasih Kak Hani ucapkan kepada Darius kerana memilih AG sebagai novel sci-fi pertama yang diulas di blog berkenaan.

Darius juga turut membuka forum di laman CARI bagi membincangkan novel-novel sci-fi tempatan. Forum tersebut boleh dicapai di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Jejak Kuasa Alam

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi

Emel peminat AG