Posts

Mufin Manja diulang cetak

Image
Alhamdulillah...novel Kak Hani yang bercorak keusahawanan iaitu Mufin Manja sudah diulang cetak sebanyak 2000 naskhah. Sukanya tak terhingga. Kepada adik-adik yang gemar memasak terutamanya mufin dan yang suka berniaga, dapatkan Mufin Manja segera. Boleh beli daripada Kak Hani di Novel Kafe . Judul Ulang Cetak 1. Senangnya Memasak Makanan Laut (5000 unit) 2. Senangnya Memasak Sambal & Sos (5000 unit) 3. Senangnya Memasak Sayur (3000 unit) 4. Hidangan Terbaik Dunia Cina (3000 unit) 5. Diari Hidup Rasulullah (2000 unit) 6. Agenda Yahudi Menakluk Dunia (3000 unit) 7. Siti Hajar (3000 unit) 8. Travelog Haji (Edisi jimat) (3000 unit) 9. Hari 1 Resipi (10,000 unit) 10. Khadijah - Cinta Abadi Kekasih Nabi (2000 unit) 11. Smart Heart (2000 unit) 12. Imam Syafie Pejuang Kebenaran (3000 unit) 13. Otai Tunjuk Bakat (2000 unit) 14. Mufin Manja (2000 unit) 15. Imam Maliki (3000 unit) 16. Abu Bakar - Sahabat Sejati (3000 unit) 17. Offline dengan Syaitan (2000 unit) Sumber: Universiti Terbuka

Emel peminat AG

Image
Assalamualaikum w.r.t, Pn. Hani. saya Fathin Wahidah Bt Ahmad Tarmize, peminat buku Akademi Gemilang, malah saya memiliki ketiga-tiga buku tersebut. saya teruja membaca buku Pn. Hani mengenai pelajar yang memiliki kuasa istimewa kerana ia sangat berbeza dengan cerita-cerita mengenai kuasa-kuasa hebat. cerita ini sentiasa mengingatkan kita supaya bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah Taala. namun begitu, saya mengharapkan cerita ini berakhir dengan kesudahan yang baik. mungkin bagi Pn. Hani itulah kesudahan yang baik tapi bagi saya kehilangan Dr. Bunyamin, apa yang terjadi pada Mawar di Dimensi Yunar dan apa yang berlaku kepada Hantu Serigala dan Anakardia Hedera menjadi tanda tanya kepada saya. saya mengharapkan Pn. Hani dapat membuat sambungan cerita Akademi Gemilang. Terima Kasih. Kak Hani banyak menerima emel seumpama ini yang bertanyakan mengenai sambungan AG. Kegusaran adik-adik mengenai banyak persoalan yang tidak terjawab dalam AG3, amat Kak Hani fahami. Kak Hani sendiri gus

Rindu AG?

Image
As salam adik-adik semua, Sudah lama Kak Hani tak mencatat sebarang entri dalam blog ini. Semuanya berpunca daripada kesibukan melampau diari harian Kak Hani. Semenjak Kak Hani bekerja sendiri dan menjadi usahawan sepenuh masa, masa lapang yang ada tidak banyak. Insya-Allah, apabila kedai buku mini Kak Hani beroperasi pertengahan Mei nanti, bolehlah Kak Hani sambung menulis sambil menjaga kedai...hehe. Kak Hani juga rindu akan AG. Apakah yang terjadi dalam AG4? Baru-baru ini Kak Hani merombak semula perjalanan plot yang telah dirancang sebelum ini. Plot asal yang disusun tidak akan digunakan. Sebaliknya Kak Hani telah menyusun plot dan jalan cerita baharu. Hanya menunggu masa menterjemahkannya ke dalam bentuk manuskrip. Kak Hani berharap moga adik-adik semua bersabar menunggu AG4 yang memang sudah lewat diserahkan kepada penerbit...hehe. Jangan marah ya....

Salam 2011

Image
Cermin oh cermin, di manakah Dr Bunyamin? Masih tidak terlambat bagi Kak Hani mengucapkan Selamat Tahun Baharu buat adik-adik semua pengikut setia clan AG. Semenjak kemunculan AG3 Kunci Dimensi, Kak Hani sering menerima emel dan pesanan di chat box blog ini meminta supaya disegerakan AG4. Adik-adik semua, Kak Hani sedang berusaha memikirkan yang terbaik bagi dipaparkan dalam AG4 kelak. Proses ini bukanlah mudah. Banyak perkara perlu Kak Hani fikirkan. Oleh itu, Kak Hani berharap moga adik-adik dapat sama-sama bersabar dan nantikan kemunculan AG4 yang masih dalam fasa penulisan. Bukan adik-adik saja yang tunggu, editor PTS pun sudah lama menantinya....hehehe. Sementara menunggu, apa kata kalau adik-adik berikan cadangan tajuk AG seterusnya. Walaupun belum tahu plotnya, cuba teka apa pengembaraan Suzaimi seterusnya. Semua petunjuk ada dalam AG1, AG2 dan AG3. Moh main teka teki!

Kad raya daripada PTS

Image

Saja suka-suka

Cool Myspace Generators