Posts
Showing posts from 2008
Akademi Gemilang 3: Kunci Dimensi
- Get link
- X
- Other Apps
Salam buat adik-adik semua. Tajuk kerja ( working title ) Siri Akademi Gemilang yang ketiga sudah Kak Hani pilih, iaitu Kunci Dimensi. Kak Hani menyasarkan supaya AG3 boleh berada di pesta buku kelak. Malangnya, AG3 dah lambat masuk barisan. Jadi, AG3 tidak akan berada di pesta buku 2009 pada bulan April nanti. Insya-Allah, AG3 akan menemui adik-adik semua pada bulan Oktober 2009. Tunggu ya!
GAMBATTE KUDASAI
- Get link
- X
- Other Apps
Kak Hani ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan setaraf dengannya. Tahniah juga Kak Hani ucapkan kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tidak lama dahulu. Kepada adik-adik yang kurang berjaya, jangan putus asa. Masa depan adik-adik bukan terhenti setakat ini sahaja. Masih ada PMR dan SPM yang bakal menentukan masa depan adik-adik semua. GAMBATTE KUDASAI!
Berehat
- Get link
- X
- Other Apps
Salam kepada adik-adik dan pengunjung blog AG, Buat masa ini Kak Hani sedang berehat kerana melahirkan anak yang ketiga. Oleh itu, masa Kak Hani di hadapan komputer amat terhad. Semua komen dan emel yang dihantar, Kak Hani akan cuba membalasnya secepat yang mungkin. Terima kasih kerana berkunjung ke sini.
Carta 40 Teratas Novel Remaja PTS
- Get link
- X
- Other Apps
Kak Hani ambil maklumat ini daripada blog PTS Sales Team. 40 Tajuk Buku Bacaan Remaja PTS Terlaris Bagi Jun 2008 1.9833653863 – AKU MAHU SAIZ 'S' 2.9833654304 – DEAR YAYAH 4 3.9833654363 – MY SECRET 4.9833653383 – DUA DUNIA 5.9833654282 – SEKOLAH MENANGAH? 6.9833654371 – AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA 7.983365438X – TAK BISA MEMILIHMU 8.9833653324 – MELAH MELIA 9.9833653839 – ADAM KECIL : DICAKAR HANTU 10.9833653502 – AKU MAHU POPULAR 11.9833653502 – SEKOLAH KAMPUNG 12.9833357830 – ADAM KECIL : HAMPIR KENA TANGKAP 13.9833654169 – TABIK CIKGU 14.9833653103 – CERITA ANTARA KITA 15.9833653189 – ADAM KECIL : BERTARUNG DENGAN KERENGGA 16.9833653715 – SARAH DAN KASUT TUMIT TINGGI 17.9833653812 – INI SUATU CERITA 18.9833653499 – G.I.M (GEMUK ITU MENARIK) 19.9833654037 – SEUNGU LAVENDER 20.9833653057 – ADAM KECIL : LARI DARI RUMAH 21.9833653693 – DUNIA SAINS AIMAN : DARI RUSIA KE MALAYSIA 22.9833654061 – KEMBAR TERPILIH : DI AMBANG MAUT 23.9833653677 – BAYI BOTOL KICAP 24.9833653871 – ABANG...
Laman Friendster
- Get link
- X
- Other Apps
Apa khabar adik-adik semua? Kak Hani hendak beritahu mengenai laman Friendster yang Kak Hani bangunkan sejak beberapa bulan lalu. Semuanya bermula dengan beberapa jemputan daripada adik-adik peminat siri AG. Kak Hani yang biasa dengan dunia blogging terasa canggung sikit apabila menggunakan laman Friendster. Maklumlah remaja lewat usia. Laman Friendster Kak Hani boleh dicapai di sini .
Preview AG1: Pengembaraan Suzaimi di Google Book Search
- Get link
- X
- Other Apps
Menulis Cerpen Raya/Puasa
- Get link
- X
- Other Apps
Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One. Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi... Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008 ! Spesifikasi cerpen Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak) Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing) Hanya 6-8 halaman sahaja! Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008! Sertakan sekali (diwajibkan)…. Nama penuh: Nama Samaran/Manja: Umur: T. La...
Komen mengenai Siri AG
- Get link
- X
- Other Apps
Lewat beberapa minggu ini, Kak Hani terputus hubungan dengan dunia siber pada waktu siang. Ini kerana, di pejabat baru Kak Hani talian Internet masih belum disambung. Di rumah, Kak Hani hanya ada masa yang singkat dan terhad menghadap komputer. Maka sebab itu, Kak Hani 'hilang' seketika daripada dunia Yahoo! Messenger. Tadi seorang rakan penulis memberitahu mengenai ada sebuah blog yang mengulas siri AG1: Pengembaraan Suzaimi. Blog itu kepunyaan Darius . Klik pada namanya bagi membaca ulasan yang ditulis. Terima kasih Kak Hani ucapkan kepada Darius kerana memilih AG sebagai novel sci-fi pertama yang diulas di blog berkenaan. Darius juga turut membuka forum di laman CARI bagi membincangkan novel-novel sci-fi tempatan. Forum tersebut boleh dicapai di sini .
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
- Get link
- X
- Other Apps
Pada hari Sabtu dan Ahad lepas, Kak Hani berada di PBAKL 2008 untuk membeli buku di samping meninjau gerai PTS di TR2. Masa Kak Hani jenguk gerai hari Sabtu, AG1 dah habis stok. AG2 masih banyak lagi. Pada kesempatan itu, Kak Hani dapat berbual dengan team PTSOne yang menyarankan agar siri AG diterbitkan sekerap yang mungkin. Contohnya, 4 siri setahun....fuh! Berpeluh juga Kak Hani mendengarnya tika itu walaupun pendingin hawa terpasang kuat di dewan itu. Walau apa pun, cabaran telah dilontarkan. Insya-Allah Kak Hani berusaha menyahut cabaran yang diberikan. Doakan ya.
Pelancaran M-Book oleh PTS dan Metadome
- Get link
- X
- Other Apps
Novel remaja Kak Hani dengan PTSONe - Siri 1 Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi dan banyak lagi novel terbitan PTS akan dipasarkan menjadi mobile book (M-Book). Majlis pelancarannya adalah seperti yang berikut: Tarikh: 5hb April (Sabtu) Masa: 5.00 hingga 7.00 petang Tempat: Pentas Utama, Dewan Tun Razak 2, PWTC.
Salam perkenalan
- Get link
- X
- Other Apps
Apa khabar adik-adik dan peminat novel sci-fi? Adakah anda semua sudah memiliki Siri 2 AG: Jejak Kuasa Alam? Sekiranya belum, boleh dapatkan naskhah anda dari kedai-kedai buku berhampiran. Jika nak beli semasa Pesta Buku (4-13 April 2008) nanti, pun boleh juga. Boleh dapatkan tandatangan Kak Hani di sana. Sejak penerbitan Siri 1 AG, Kak Hani banyak menerima emel daripada adik-adik dan peminat novel sci-fi. Ada yang memberikan komen dan cadangan bagaimana kisah seterusnya harus ditulis. Kak Hani ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah memberikan komen yang membina. Harapan Kak Hani agar adik-adik dan para peminat novel sci-fi terus memberikan komen dan cadangan agar Siri AG dapat memenuhi citarasa semua. Terbaru, Kak Hani menerima emel daridapa adik Kausar yang memanggil Kak Hani sebagai 'makcik'. Makcik? Dah tua sangat ke Kak Hani? Hmm...cuba bayangkan seorang makcik berselendang, berbaju kurung Kedah dan berkain batik, memegang bakul pasar dan payung sambil me...
JKA: Tangga ke-6 Carta Top 30
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah...setelah hampir 4 bulan diterbitkan Siri 2 Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam telah menduduki tangga ke-6 dalam Carta Top 30 PTSOne di MPH Alamanda, Putrajaya bagi bulan Februari 2008. Di sini Kak Hani ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada adik-adik kerana telah memberikan sokongan sejak Siri 1 Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi diterbitkan pada suku pertama tahun lalu. Berikut ialah senarai novel-novel PTSOne yang menduduki Carta Top 30 berkenaan: 1.BACAKAN SAYA SATU CERITA 2.TABIK CIKGU 3.AKU MAHU SAIZ “S” 4.DUNIA SAINS AIMAN: KERETA SOLAR 5.ADAM KECIL: HAMPIR KENA TANGKAP 6.AKADEMI GEMILANG: JEJAK KUASA ALAM 7.DUNIA SAINS AIMAN: DUNIA SEMUT 8.DEAR YAYAH 1 9.SEUNGU LAVENDER 10.MELAH MELIA 2 11.ADAM KECIL: BERTARUNG DENGAN KERENGGA 12.ADAM KECIL: DEBARAB BUKU BIRU 13.DEAR YAYAH 2 14.ADAM KECIL: SUNGAI KHAYALAN 15.J.A.Y. (JANJI ANAK YATIM) 16.KEMBAR TERPILIH: DI AMBANG MAUT 17.AKU MAHU BULI 18.ROBOTAN 19.DEAR YAYAH 3 20.NUR BUAT GEMI...