Posts

Berkongsi kegembiraan

Walaupun tak besar, saya mahu berkongsi kegembiraan ini. Pada bulan Jun 2007 , jualan Akademi Gemilang begitu menggalakkan sehingga menduduki tangga keenam carta Top Ten PTS Publications & Distributors. Manakala pada bulan Julai 2007 lalu, Akademi Gemilang berada di tangga kelima pula dalam carta terbabit. Alhamdulillah, berkat sokongan pembaca semua yang telah meletakkan Akademi Gemilang ke tahap ini. Walaupun kecil, saya tetap gembira.

KLF

Dahulu sewaktu saya masih menuntut di UIAM, saya mempunyai sekumpulan rakan-rakan yang minat apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sci-fi/fantasi. Daripada The Hobbit, Robotech, Transformer hinggalah ke novel grafik Neil Gaiman menjadi kegilaan kami. Cuma saya sedikit berbeza kerana meminati kisah-kisah vampire, bukan pontianak dunia Melayu. Disebabkan kegilaan kami kepada dunia sci-fi/fantasi, maka kami menubuhkan Kreative Liberated Front. Kenapa Creative dieja Kreative, itu kena tanya pengasas KLF. Ard, Bongo dan Ku...kamu kena jawab soalan ini. Saya dah lupa sebabnya...heheheh. Kami merancang untuk menerbitkan sebuah novel grafik sci-fi/fantasi. Malangnya hasrat tidak kesampaian sebab kami tidak tahu siapa yang boleh menerbitkan novel tersebut. Lama-kelamaan kumpulan kami berpecah, tetapi kami masih berhubung dan berjumpa dari semasa ke semasa. Malam semalam saya berjaya menghubungi Ard melalui Yahoo Messenger. Saya khabarkan kepada dia mengenai projek sci-fi/fantasi PTS Fortuna. Dia...

Kelas Sci-Fi

Sebelum ini saya memang tidak pernah mendapat didikan profesional dalam bidang penulisan. Saya tahu menulis disebabkan oleh Cikgu Sabariah yang mengajar mata pelajaran Sastera semasa saya di tingkatan empat dan lima dahulu. Melalui tunjuk ajar Cikgu Sabariah dan digandingkan dengan kegemaran saya menulis diari, akhirnya saya pun mula menulis. Cerita pertama karangan saya ialah kisah penyiasatan. Ini kerana saya amat menggemari siri penyiasatan Nancy Drew (Salma Hamid, Zarina dan Mei Lin), kisah lima sekawan, Hardy Boys dan Sherlock Holmes. Malangnya semua tulisan itu tidak pernah saya habiskan. Semasa saya belajar di IPT, saya mula menulis kisah fantasi dan sci-fi. Tambahan pula rakan-rakan di sekeliling kebanyakannya pengikut setia siri kartun dan anime sci-fi. Akademi Gemilang merupakan percubaan pertama saya menulis dalam genre sci-fi. Demi memperbaiki mutu penulisan dalam genre tersebut, saya mengikuti satu bengkel yang dianjurkan oleh En. Syafizan a.k.a. Saudara Mat Jan daripada P...

Ulasan Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi

Pembaca budiman, Sukacita saya hendak memaklumkan bahawa novel siri pertama Akademi Gemilang telah diulas oleh blog Ulas dan Kupas . Saya sendiri tidak tahu mengenai perkara ini sehinggalah diberi tahu oleh novelis Amir Husaini ( Ombak Senja , 2007). Kepada pemilik blog, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memilih novel saya untuk diulas. Komen yang anda berikan saya kutip demi memperbaiki tulisan saya pada masa hadapan. Cadangan anda mengenai watak antagonis iaitu Agen Hades akan saya pertimbangkan. Apa yang saya dedahkan dalam siri pertama bukanlah keseluruhan cerita. Maksud saya, cerita masih belum lengkap. Mengenai siapa hero sebenar siri ini selain Suzaimi, akan saya dedahkan dalam siri demi siri. Saya cuba menampilkan sesuatu yang berbeza walaupun ada mirip di sana sini. Saya paparkan ulasan blog Ulas dan Kupas di sini: Saya sudah lama tidak membaca novel untuk remaja. Kebetulan semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, ternampak novel Akademi Gemilan...

Akademi Gemilang Siri 2

Pembaca yang dihormati, Siri kedua Akademi Gemilang sedang diolah. Penerbitannya dijadualkan pada hujung tahun ini. Kali ini pembaca akan dibawa mengembara bersama Suzaimi di hutan Taman Negara. Ada misteri dan cabaran baru menanti Suzaimi dan rakan-rakannya. Siapakah yang ditemui oleh Suzaimi, Izkandar dan Asyran di dalam hutan? Apakah yang terjadi kepada Mawar di Gunung Ledang? Adakah Azurin akan berdiam diri apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada cermin di bilik Mawar? Sama-samalah kita tunggu jawapannya dalam Siri kedua Akademi Gemilang.

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi

Image
Hani Ismail , PTS One Sdn Bhd Harga: RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)ISBN: ISBN 983-3653-76-6Barcode: 9789833653768Jumlah Halaman: 240 halaman Tarikh Terbit: 27 May 2007 (Dari kiri: Izkandar, Azurin, Suzaimi, Mawar dan Asyran) Sinopsis Suzaimi, seorang remaja yang dikurniai oleh kelebihan istimewa - boleh melihat masa hadapan melalui mimpi - telah diburu oleh Hantu Serigala, iaitu seorang Agen Hades. Dalam pelariannya, dia bertemu dengan Agen Gemilang dan diselamatkan ke Akademi Gemilang. Di sana, dia disatukan dengan pelajar-pelajar istimewa lain yang mempunyai pelbagai kelebihan. Perkenalannya dengan Mawar (berkebolehan memunculkan busar api) telah menyeret Suzaimi ke sebuah pengembaraan. Turut bersama mereka dalam pengembaraan itu ialah Azurin (mempunyai kebolehan telekinesis), Izkandar (berkebolehan membaca minda melalui sentuhan) dan Asyran (berkeupayaan menghilangkan diri). Dalam pengembaraan ini mereka dicabar oleh Ratu Serpent dan Hantu Serigala. Di samping itu persoal...